HOME

  • http://smkdarulfalahlosari.com

Selasa, 17 Agustus 2010

Apa Itu Internet ????

Internet (kependekan daripada perkataan ‘inter-network’) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.
Komputer bukanlah internet, ia hanya sekadar alat yang menyalurkan dan memungkinkan komunikasi terlaksana.

Jalinan internet terlaksana menerusi paduan bersama yang dikenali sebagai protokol. Protokol yang digunakan untuk komunikasi dan penghantaran data ialah Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).

Antara peranan internet ialah;

- Berkomunikasi menerusi mel elektronik
- Memperoleh maklumat terkini menerusi World Wide Web (www)
- Memindahkan fail dari sistem hos menerusi File Transfer Protocol (FTP)
- Mengadakan forum elektronik
- Menggunakan capaian komputer jarak jauh (remote login) menerusi Telnet
- Berkomunikasi menerusi Internet Relay Chat (IRC)
- Berkongsi info seperti blog

Seperti diketahui Internet yang dikenali juga sebagai `Dunia Tanpa Sempadan’ boleh membawa `dunia’ kepada anda dengan hanya berada di hadapan komputer di rumah, pejabat atau sekolah

Apa saja manfaat internet?

a.       Sebagai media pembelajaran
b.      Mencari informasi (browsing)
c.       Mengupload
d.      Mendownload
e.       Chatting (komunikasi secara langsung via jaringan internet)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar